nuffnang

Followers

xchngelink

Wednesday, February 9, 2011

flora







                                                                       IXORA







                                              MORNING GLORY





                                               MISAI KUCING





                                                 BUNGA RAYA






                                         HELICONIA(SEPIT UDANG)






                                               BUNGA RAYA



                                        









                              KEMBOJA

SALAM SEMUA.....Cantik tak gambar-gambar bunga tu?

Monday, February 7, 2011

Bila mertua tak suka menantu....




Masuk saja ke gerbang perkahwinan kebanyakan orang akan hadapi masalah yang sama.Ibu mertua.Jarang kita dengar orang bermasalah dengan bapa mertua.Mungkin kerana orang perempuan ni agak cerewet nak di bandingkan dengan lelaki maka timbulnyer masalah2 yang berkaitan dengan ibu mertua ni.Selalunyer kerenah tak ngam dengan ibu mertua ni biasa di hadapi oleh menantu perempuan.Biasa la kalau perempuan dengan perempuan.Mungkin kerana si emak merasakan anaknyer dah di ambil orang,manakala si isteri merasakan si suami hak milik dia seorang maka jadi la macam-macam cerita antara beribu-ribu cerita. 

Mari kita kongsi cara2 nak berbaik-baik dengan mak mertua ni.

1.Buat bodoh je.
Mak mertua kalau tak berkenan dengan  menantu perempuan, kita   buat apa saja kebaikan memang tak di pandang.Ada saja yang tak kena pada mereka.Jangan susah hati dan pening2 kepala.Buat bodoh je.Dalam hati ingat,fikir yang baik-baik saja pasal mak mertua kita.Contohnyer...oh mungkin mak mertua aku tak sihat,penat,stress,susah hati atau sebagainya.Hati kita kena bersih selalu.

2.Kurangkan bercakap tapi senyum sokmo.
Jangan pot-pet pot-pet mulut tu.Sesetengah ibu mertua suka sangat  kalau dapat menantu yang ramah tamah ni.Tapi ingat mula-mula memang suka,tapi kalau dah terlampau peramah silap haribulan boleh perang besar you know.Bersederhana,bercakap bila perlu supaya kita tak tersilap cakap.Kesannyer besar sekali,silap2 bertahun2 boleh tak bertegur sapa dengan ibu mertua.Yang penting senyum sokmo.

3.Memaafkan.
Ibu mertua kalau tak suka menantu macam-macam dia akan buat bagi kita sakit hati.Kadang-kadang tak pasal-pasal kita boleh bergaduh dengan suami.Jangan simpan dalam hati.Selalu la bersikap memaafkan walau pun kita tau dia yang salah. Ingat dalam hati...oooo...suatu hari nanti aku pun bakal jadi mak mertua jugak,mungkin aku pun akan banyak songgeh jugak macam mak mertua aku ni..

4.Ringan tulang
Sesekali balik rumah mak mertua jangan la buat perangai pemalas macam kat rumah kita sendiri.Bangun pagi2,lepas solat subuh pergi ke dapur.Tolong mak mertua buat sarapan,tolong memasak dan tolong kemas rumah.Kalau tak pandai masak,jangan malu2 bertanya dengan mak mertua,apa yang patut kita buat.Mak mertua ni ego nyer tinggi sikit.Kita kena buat kan  diri dia rasa macam diva.Biar dia rasa dia yang terror dan pandai memasak,masakan dia yang paling sedap,pandai kemas rumah dan sebagainyer.Yang penting semuanyer terbaik.

5.Penampilan diri
Bila balik rumah mertua,penampilan diri penting.Bila dia tengok kita berpakaian bersih dan kemas sekurang2nyer dia tahu anak dia tak silap pilih.Kalau kita berserebeh aje depan mak mertua,dalam kepala dia,dia boleh bayangkan macam mana la berserabut nyer rumah kita.Elakkan diri dari meninggikan suara dengan suami dan anak-anak di depan mertua.Memang tak patut buat perangai macam ni.Perangai kita pun kena sederhana.

6.Jangan tinggal serumah
Lepas kahwin duduk la di rumah sendiri.Susah senang kita hadapi sendiri bersama-sama.

Pada menantu-menantu perempuan bersabar je la menghadapi kerenah mak mertua.Bukan semua mak mertua jahat,dalam jahat tu ada jugak baiknyer yang kita tak sedar.Jangan gaduh-gaduh dengan mak mertua,kita kena ingat dia yang melahirkan suami kita.

Kepada ibu-ibu mertua,tak baik benci2kan menantu.Ingat,bila kita sakit nanti menantu yang kita tak suka tu la yang akan menjaga kita,mandikan kita,cuci najis kita dan suapkan kita makan.Apa yang saya tulis ni sebahagian nyer adalah berdasarkan pengalaman sendiri.Semoga berbahagia kepada pembaca-pembaca artikel ini.


Friday, February 4, 2011

sembang2 cuti....


Salam semua...semalam cuti,kami sekeluarga keluar beli-belah barang2 keperluan dapur.Saja pergi hari cuti,tak tau nak buat apa dok melepak aje kat rumah.Pergi carrefour kota damansara,waaaa....lega rasa orang tak ramai,parking berlambak kosong tak macam hari biasa yang selalu sesak dan susah nak cari parking.masuk ke dalam premis2 byk yang tutup.boleh main kejar2 dalam carrefour tu...hehehe....



Siap beli barang2 dapur kami ke giant pulak,lapar nak isiperut.Singgah sat kat kedai nasik briani.Lepas pekena nasi briani kami jalan-jalan sat,tengok2 baju pengantin yang ada di jual kat kiosk2 dalam giant tu.bukan apa kot ada yang cantik2 boleh citer kat kengkawan yang nak kawin.








Bila pikir2 bagus jugak kita gi shopping time orang sume sibuk balik kampung ni.tak la rasa sesak sangat kepala otak ni nak pikir pasal jalan jem,parking susah la,orang bersesak2 la dan macam2 lagi yer.....balik rumah cuci mata tengok citer Hantu kak limah balik rumah.....hehehe



Thursday, February 3, 2011

KEK LAPIS SULTANA


Salam semua.....Tak tahu nak buat kuih apa petang ni,apakata cuba resipi saya kali ini.KEK LAPIS SULTANA ni saya belajar dari seorang jiran yang juga sahabat baik saya waktu menetap di Sabah dahulu.Kek ni memang sedap sangat di hidangkan waktu minum petang.....kalau rajin mencuba boleh ikut resipi yang saya sediakan di bawah. 


KEK LAPIS SULTANA



Bahan-bahannyer:
  1. 9oz                            Tepung gandum
  2. 1/2sudu tea                baking powder
  3. 8oz                             kismis di kisar halus
  4. 8oz                             gula castor
  5. 12oz                           mentega
  6. 5biji                            telor
  7. 1sudu makan              serbuk koko + coklat emulco
  8. 1sudu tea                    esen vanila
  9. Pewarna kuning


Cara-cara membuatnyer:
  1. Pukul mentaga dengan gula hingga kembang,kemudian masukkan telor sedikit-sedikit.
  2. Masukkan sen vanila dan tepung,kacau rata.
  3. Bahagikan 3 adunan,adunan plain,adunan kuning dan adunan koko+kismis.
  4. Kukusla selapis-selapis sampai habis.

Tips:gunakan bahan2 yang berkualiti untuk rasa yang lebih sedap.Pastikan loyang di sapukan dengan sedikit mentega sebelum mengukus kek.Alas terlebih dahulu loyang dengan kertas minyak.Selamat mencuba,kek ini jarang di temui ada di jual di kedai2.


                                                                   Gambar Hiasan

Wednesday, February 2, 2011

Hantaran kahwin mahal

Salam semua....Selamat bercuti sempena tahun baru cina.Cuaca cerah hari ini,setelah beberapa hari hujan tanpa henti dan banjir melanda di beberapa negeri.Kebiasaannyer bila cuti panjang banyak undangan kenduri kahwin yang diterima,maklumla ramai yang balik berkumpul.masa yang sesuai nak buat kenduri kendara.

Harga barang naik maka hantaran kahwin pun turut naik.Nak buat kenduri kahwin bukan sikit2 modal yang nak dikeluarkan.Apatah lagi bila di fikirkan harga bawang yang dulunyer rm1-2 sekilo sekarang dah mencecah rm10-12 sekilo....!! Itu baru harga bawang belum lagi harga telor dan lain2 lagi...

Zaman saya kahwin 21 tahun dulu.....hehehe...hantaran kahwin masa tu paling tinggi sekitar 3K je.Sekarang dah mencecah 10K keatas....Satu bebanan yang berat rasanyer bagi kaum lelaki yang nak berkahwin.Kalau panjang umur saya kelak,ntah berapa belanja kahwin yang kena disediakan oleh anak lelaki saya 12 tahun akan datang yer....ntah2 masa tu,20K keatas kot.

Andai di takdir anak perempuan saya mudah dapat jodoh,biarla semua nyer sederhana...Yang penting mereka dapat hidup bahagia dan tidak di bebani dengan hutang2 kahwin yang membebankan.Orang kata sampai dapat anak 3 pun hutang tak habis bayar.Kita sebagai orang tua kalau boleh nak tengok anak2 hidup gembira,cukup makan,cukup pakai dan ada tempat tinggal.


Bersederhana la kita dalam hidup,agar orang yang bakal menjadi sebahagian dari keluarga kita tidak hidup susah.Berlumba2 dalam meletakkan hantaran kahwin yang tinggi bukan suatu perkara yang baik dan patut dicontohi.

Akhir kata selamat pengantin baru saya ucapkan kepada pasangan2 yang bakal melangsungkan perkahwinan pada minggu ini.Doa saya semoga bahagia dan hidup berkekalan hingga ke akhir hayat.Selamat pengantin baru juga buat jiran sebelah rumah saya,Mayuni Mohamad dan pasangannyer Azizul Sulaiman.

Sembang2 Malam....

Salam semua.....Harga minyak naik bererti harga barang pun naik.waduhhh semua orang mengeluh.kos hidup turut naik.Dengan keadaan dunia yang rata2 di landa bencana,harga barang rata2 memang naik.permintaan melebihi penawaran.Apa yang pasti alhamdulillah negara kita masih aman damai.kita masih dapat bergerak bebas kemana sahaja tanpa takut2 dan was2.Bagi yang ditimpa musibah banjir semoga tabah menghadapi dugaan Allah s.w.t.

Saya pernah menetap di sabah negeri di bawah bayu selama 4 tahun 2 bulan.1998-2002.Duduk di kawasan pedalaman semuanyer kena buat sendiri.Nak makan kek,roti,biskut,mee bahkan taugeh pun semuanyer kena buat sendiri.Dengan sedikit kemahiran yang ada,ada yang datang tempah kek dengan saya.Favourite kek yang selalu di tempah adalah Moist Chocolate Cake.Bagi yang gemarkan kek ni,di sini saya kongsikan bersama semua resipi nyer.




                                                                         gambar hiasan



Bahan-bahannya:

  1. 2cawan              tepung superfine(blue key)
  2. 1/2cawan           koko powder
  3. 1sudu tea           baking powder
  4. 1/2sudu tea        soda bikarbonate
  5. 3/4 cawan          mentega
  6. 11/2cawan         gula castor
  7. 11/2 sudu tea     vanila
  8. 3biji                    telor
  9. 1cawan               air sejuk(ais)



Cara membuatnyer:
  1. Pukul mentega,gula dan telor hingga kembang.
  2. Ayak tepung bersama baking powder dan bikarbonate.
  3. Bancuh koko dengan air sejuk.
  4. Masukkan tepung dan koko kedalam adunan mentega(berselang seli).
  5. Kacau hingga sebati dan masukkan esen vanila.
  6. Bakar sehingga masak.

Bahan untuk toping:
  1. 1/2cawan         gula icing.
  2. 11/2 sudu         tepung jagung
  3. 100gm coklat yang di cairkan bersama 1/2 cawan air panas.
  4. Campurkan kesemua bahan diatas dan masak masak atas api hingga pekat.
Tips:Bakar kek selama 30-40 minit.api bawah 20minit,api atas 10 minit.Untuk pastikan kek masak sempurna cucuk dengan lidi.kalau lidi bersih dan tak melekit bermakna kek sudah masak.Sejukkan kek,keluarkan dari loyang dan sadurkan kek tadi dengan toping coklat tadi.Kalau suka boleh hias kek mengikut cita rasa tersendiri,contoh boleh taburkan coklat rice,kekacang seperti badam dan walnut.Nak cantik lagi boleh hiaskan dengan royal icing.

ok,selamat mencuba......

Tuesday, February 1, 2011

Jumpa kawan lama...

salam....Dah puluhan tahun tak jumpa kengkawan,baru2 ni terjumpa sorang kawan kat facebook.Bermula dari situ rantaian kengkawan lama dapat di hubungi seorang demi seorang.Bila usia dah meningkat bentuk fizikal dan rupa paras masing2 berubah.Yang dulunyer kita tinggalkan muda sekarang dah di mamah usia menjadi tua.Yang dulu kita kenangkan kurus dah makin berisi.Yang dulunyer bujang sekarang dah berkeluarga.







Bertaburan....ada yang menetap di utara tanahair,ramai yang menetap di ibukota,di pantai timur malah ada yang menetap di selatan tanahair mencari rezeki,mengikut suami dan isteri masing2.Saya tiap hari mengikuti perkembangan kengkawan melalui chating2 mereka di facebook.Alhamdulillah mereka gembira dengan kehidupan masing2.Anak2 dah besar,bagi yang khawin muda dah bermenantu.Yang lambat jodoh anak2 masih kecil.Yang kurang bernasib baik ada yang masih belum bertemu jodoh.Apa yang penting hidup mesti di teruskan walau apa pun takdir yang di tentukan untuk kita.

 




 Apa yang nak saya katakan di sini,saya bukanla seorang yang sombong...mungkin pada tanggapan kengkawan.Cuma tak pandai nak berkata2,cukupla sekadar saya jadi pemerhati dan pendengar yang setia sahaja.Semoga hidup kita semua bahagia di dunia dan akhirat.Semoga di berikan Allah s.w.t kepada kita dengan pengakhiran hidup yang baik,insyallah.