nuffnang

Followers

xchngelink

Wednesday, February 2, 2011

Sembang2 Malam....

Salam semua.....Harga minyak naik bererti harga barang pun naik.waduhhh semua orang mengeluh.kos hidup turut naik.Dengan keadaan dunia yang rata2 di landa bencana,harga barang rata2 memang naik.permintaan melebihi penawaran.Apa yang pasti alhamdulillah negara kita masih aman damai.kita masih dapat bergerak bebas kemana sahaja tanpa takut2 dan was2.Bagi yang ditimpa musibah banjir semoga tabah menghadapi dugaan Allah s.w.t.

Saya pernah menetap di sabah negeri di bawah bayu selama 4 tahun 2 bulan.1998-2002.Duduk di kawasan pedalaman semuanyer kena buat sendiri.Nak makan kek,roti,biskut,mee bahkan taugeh pun semuanyer kena buat sendiri.Dengan sedikit kemahiran yang ada,ada yang datang tempah kek dengan saya.Favourite kek yang selalu di tempah adalah Moist Chocolate Cake.Bagi yang gemarkan kek ni,di sini saya kongsikan bersama semua resipi nyer.




                                                                         gambar hiasan



Bahan-bahannya:

  1. 2cawan              tepung superfine(blue key)
  2. 1/2cawan           koko powder
  3. 1sudu tea           baking powder
  4. 1/2sudu tea        soda bikarbonate
  5. 3/4 cawan          mentega
  6. 11/2cawan         gula castor
  7. 11/2 sudu tea     vanila
  8. 3biji                    telor
  9. 1cawan               air sejuk(ais)



Cara membuatnyer:
  1. Pukul mentega,gula dan telor hingga kembang.
  2. Ayak tepung bersama baking powder dan bikarbonate.
  3. Bancuh koko dengan air sejuk.
  4. Masukkan tepung dan koko kedalam adunan mentega(berselang seli).
  5. Kacau hingga sebati dan masukkan esen vanila.
  6. Bakar sehingga masak.

Bahan untuk toping:
  1. 1/2cawan         gula icing.
  2. 11/2 sudu         tepung jagung
  3. 100gm coklat yang di cairkan bersama 1/2 cawan air panas.
  4. Campurkan kesemua bahan diatas dan masak masak atas api hingga pekat.
Tips:Bakar kek selama 30-40 minit.api bawah 20minit,api atas 10 minit.Untuk pastikan kek masak sempurna cucuk dengan lidi.kalau lidi bersih dan tak melekit bermakna kek sudah masak.Sejukkan kek,keluarkan dari loyang dan sadurkan kek tadi dengan toping coklat tadi.Kalau suka boleh hias kek mengikut cita rasa tersendiri,contoh boleh taburkan coklat rice,kekacang seperti badam dan walnut.Nak cantik lagi boleh hiaskan dengan royal icing.

ok,selamat mencuba......

No comments:

Post a Comment