nuffnang

Followers

xchngelink

Wednesday, February 2, 2011

Hantaran kahwin mahal

Salam semua....Selamat bercuti sempena tahun baru cina.Cuaca cerah hari ini,setelah beberapa hari hujan tanpa henti dan banjir melanda di beberapa negeri.Kebiasaannyer bila cuti panjang banyak undangan kenduri kahwin yang diterima,maklumla ramai yang balik berkumpul.masa yang sesuai nak buat kenduri kendara.

Harga barang naik maka hantaran kahwin pun turut naik.Nak buat kenduri kahwin bukan sikit2 modal yang nak dikeluarkan.Apatah lagi bila di fikirkan harga bawang yang dulunyer rm1-2 sekilo sekarang dah mencecah rm10-12 sekilo....!! Itu baru harga bawang belum lagi harga telor dan lain2 lagi...

Zaman saya kahwin 21 tahun dulu.....hehehe...hantaran kahwin masa tu paling tinggi sekitar 3K je.Sekarang dah mencecah 10K keatas....Satu bebanan yang berat rasanyer bagi kaum lelaki yang nak berkahwin.Kalau panjang umur saya kelak,ntah berapa belanja kahwin yang kena disediakan oleh anak lelaki saya 12 tahun akan datang yer....ntah2 masa tu,20K keatas kot.

Andai di takdir anak perempuan saya mudah dapat jodoh,biarla semua nyer sederhana...Yang penting mereka dapat hidup bahagia dan tidak di bebani dengan hutang2 kahwin yang membebankan.Orang kata sampai dapat anak 3 pun hutang tak habis bayar.Kita sebagai orang tua kalau boleh nak tengok anak2 hidup gembira,cukup makan,cukup pakai dan ada tempat tinggal.


Bersederhana la kita dalam hidup,agar orang yang bakal menjadi sebahagian dari keluarga kita tidak hidup susah.Berlumba2 dalam meletakkan hantaran kahwin yang tinggi bukan suatu perkara yang baik dan patut dicontohi.

Akhir kata selamat pengantin baru saya ucapkan kepada pasangan2 yang bakal melangsungkan perkahwinan pada minggu ini.Doa saya semoga bahagia dan hidup berkekalan hingga ke akhir hayat.Selamat pengantin baru juga buat jiran sebelah rumah saya,Mayuni Mohamad dan pasangannyer Azizul Sulaiman.

No comments:

Post a Comment