nuffnang

Followers

xchngelink

Tuesday, February 1, 2011

Jumpa kawan lama...

salam....Dah puluhan tahun tak jumpa kengkawan,baru2 ni terjumpa sorang kawan kat facebook.Bermula dari situ rantaian kengkawan lama dapat di hubungi seorang demi seorang.Bila usia dah meningkat bentuk fizikal dan rupa paras masing2 berubah.Yang dulunyer kita tinggalkan muda sekarang dah di mamah usia menjadi tua.Yang dulu kita kenangkan kurus dah makin berisi.Yang dulunyer bujang sekarang dah berkeluarga.







Bertaburan....ada yang menetap di utara tanahair,ramai yang menetap di ibukota,di pantai timur malah ada yang menetap di selatan tanahair mencari rezeki,mengikut suami dan isteri masing2.Saya tiap hari mengikuti perkembangan kengkawan melalui chating2 mereka di facebook.Alhamdulillah mereka gembira dengan kehidupan masing2.Anak2 dah besar,bagi yang khawin muda dah bermenantu.Yang lambat jodoh anak2 masih kecil.Yang kurang bernasib baik ada yang masih belum bertemu jodoh.Apa yang penting hidup mesti di teruskan walau apa pun takdir yang di tentukan untuk kita.

 




 Apa yang nak saya katakan di sini,saya bukanla seorang yang sombong...mungkin pada tanggapan kengkawan.Cuma tak pandai nak berkata2,cukupla sekadar saya jadi pemerhati dan pendengar yang setia sahaja.Semoga hidup kita semua bahagia di dunia dan akhirat.Semoga di berikan Allah s.w.t kepada kita dengan pengakhiran hidup yang baik,insyallah.

No comments:

Post a Comment