nuffnang

Followers

xchngelink

Wednesday, March 9, 2011

LOBSTER THERMIDOR

Dah lama tak tulis resipi.atas permintaan ramai..cewahhh...saya tuliskan satu resepi kat bawah ni...mungkin tak ramai yang nak buat ni sebab susah nak dapat lobster.Tapi apa salahnyer kalau nak baca dan tengok2 resipinyer yer........







Bahan-bahan:

2ekor          lobster(di rebus)
50gm           butter
Bawang besar di cincang
Daun parsley di cincang
Tarragon di cincang
Epal cuka
300ml          bechamel sos
Gratted chaddar chesse
Mustard,garam dan paprika

Bahan2 nak buat bechamel sos:

300ml         susu
1biji            bwg besar di mayang
1btg            carrot di cincang
setgh           btg celery di cincang
sehelai        daun bay
3biji            lada hitam
25gm          butter
3sudu          tpg gandum 
Garam + lada sulah

Cara membuat sos bechamel:

1.masukkan susu cair,bwg,carrot,celery,daun bay dan lada hitam ke dalam periuk.Didihkan perlahan2,kemudian angkat dari api.Tutup dan biarkan selama 23 minit kemudian tapis cecair dan buangkan perencah.
2.Panaskan butter di dalam periuk kecil kemudian kacau tepung hingga masak(1-2 minit).
3.Masukkan susu berperasa tadi,kacau perlahan2 sehingga mendidih dan pekat rasa perasanyer...

Cara membuat Lobster:

1.Lobster di belah 2.Keluarkan isinyer dan cincang kasar2.(pastikan kulitnyer tidak pecah dan rosak.
2.Panaskan butter dan masukkan bwg,parsley,tarragon dan masak perlahan2.masukkan cuka epal dan biarkan mendidih 5 minit.Masukkan bechamel sos dan didihkan hingga agak pekat dan berkrim.
3.Masukkan pula isi lobster dan chesse serta baki butter tadi.Kemudian masukkan perasa mustard,paprika dan garam.
4.Masukkan semula isi lobster ke dlm kulit lobster dan tabur dgn gratted chaddar chesse.Bakar di dalam oven selama beberapa minit dan hidangkan panas2.

Selamat mencuba.Memang sedap.








Monday, March 7, 2011

Orkid




Salam semua.....Saya ni penggemar orkid.Ada 5 jenis orkid yang di dalam jagaan saya sekarang ni.Golden sour,butterfly,vanda, catalia dan orkid hutan.Kesemua nyer ada lebih 100 pasu,macam2 saiz,bentuk dan warna.






Ada yang kata hobi menanam dan menjaga orkid ni hobi orang kaya2...hahaha...pelik la pulak bunyinyer.Sebenarnyer orkid memang mahal harganyer.Satu2 jenis dalam satu pasu boleh mencecah hingga beratus2 ringgit harga nyer.





Kebanyakan orkid yang ada kat rumah saya ni bukan semuanyer saya beli.Ada antaranyer di bagi oleh kengkawan.Saya bagi diaorang mana yang diaorang tak ada,diaorang bagi pulak pada saya mana yang saya tak ada....kira macam bertukar2 la...





Seronok menanam dan menjaga orkid ni.Bila berbunga nampak cantik dan sedap mata memandang.Bunga orkid boleh kembang dan tahan lama,bergantung kepada macam mana kita menjaganyer.Orkid hutan kekadang bunganyer boleh kembang dan tahan sehingga 2-3 bulan.Catalia,golden sour,butterfly dan vanda bunganyer boleh kembang sehingga 3minggu-sebulan...


Kepada yang berminat boleh mencuba nyer. Selamat mencuba yer..



KERJA



Salam semua.....susah hati pulak memikirkan anak sorang ni.Tetiba je pulak berhenti kerja.Tekanan dan diskriminasi di tempat kerja katanyer.Memandangkan dia pekerja yang mahir dan bertanggungjawab mudah2an dia cepat dapat kerja baru yang lebih baik.

Bila anak ni ada kat rumah tak la rasa sunyi sangat kami.Rasa seronok pulak nak masak sebab ada orang yang nak makan.Tak la macam selalu,bila masak je tak habis,takde orang nak makan.Last2 buang je ke dalam tong sampah.





Dah seminggu dia kat rumah ni.Mula2 dia tak cakap pun dah berhenti,takut kena marah agaknyer.Tapi semalam bila dia tak gaduh pun nak balik,kami dah rasa lain macam dan akhirnyer dia mengaku.Mmmm...ntah la,hanya dia yang tau dan rasa semua masalah dia di tempat kerja,bukan kita yer tak...

Dalam hati doa saya semoga dia cepat dapat kerja.Mana tak nyer,kita jadi mak bapak memang risau pikirkan masa depan anak2 ni.Dia sendiri tentu la amat risau memandangkan dari raut wajahnyer yang tak happy.Agaknyer di sebabkan dia masih bujang dan tak ada komitmen pada sesiapa,itu sebabnyer dia tak rasa takut nak berhenti kerja kot.





Tak tahu nak tulis apa lagi,tapi tahniah la pada yang menang pilihanraya dun kerdau dan merlimau.Sebagai pemimpin yang di pilih oleh rakyat,jalankan la tanggungjawab anda sebaiknyer.











Thursday, March 3, 2011



Salam semua.....sunyi rasa hati bila anak2 tak ada di sisi.selalu teringatkan diaorang.Hari ni berita 1.30 tv 3 ada cerita pasal orang buang anak lagi,dalam tren kl-pelabuhan klang kalau tak silap saya.Mmmm...ntah la yer...

Cerita pasal bayi yang tak di ingini ini teringat saya,pada bulan lepas ada orang offer kami sekeluarga.Nak bagi anak angkat dari rumah perlindungan KEWAJA,GOMBAK.Cuma perlu bayar wang perubatan sahaja iaitu sebanyak RM 1800.

Memandangkan kami ada ramai anak angkat mungkin sebab itu la agaknyer ada yang datang nak offer baby tu pada kami.Kami tolak tawaran tu,bukan sebab tak nak anak luar nikah tapi faktor usia kami yang dah agak berumur.Bila di conggak2 usia kami takut pulak tak sempat nak membesarkan baby tu kami dah k.o...hehehe...

Pada gadis2 yang pernah terlanjur,saya nasihatkan sayangi la bayi kita seperti mana kita sayangkan diri kita.Mende yang dah terjadi tak kan kita dapat patah balik ke belakang.Jadikan pengalaman mengandung dan melahirkan bayi itu sebagai suatu pengalaman yang indah dalam hidup kita...bukan suatu beban....bagi peluang bagi bayi2 itu hidup.

Saya sendiri walau pun dah berusia,terdetik lagi di hati ini ingin mengandung dan melahirkan bayi kalau di beri peluang...Gadis2 di luar sana,jaga maruah diri baik2 kalau kita tak nak buat silap dalam hidup kita.Anak2 teruna di luar sana jaga peribadi kita.Jangan sentuh perempuan2 yang bukan muhrim kita.....



Wednesday, March 2, 2011

Mintak Derma atau Mintak Sedekah




Dah lama tak tulis entri.Sibuk dengan aktiviti dan juga keluarga.Anak yang duduk kat JB datang bercuti seminggu.Rindu kata nyer.Sekarang,masa saya tulis entri ni dia menghantar adiknyer ke kelas tuisyen.

Suami tak ada hari ni.Boss dia panggil meeting kat kl.Sebenarnyer dia cakap kat saya,dia boring sangat bila ada meeting.Asyik membincang dan membahaskan mende yang sama tapi apa pun tarak lepas tu...hehehe.Bos dia pernah jadi orang besar kat satu hotel five star.Semua orang tahu pasal hotel tu,tapi bila dia resign,dan jadi bos suami saya....dia kedekut nak turunkan kepakaran dia pada sesiapapun.Dia nak simpan bawa bekal kat akhirat kot...hahaha...macam-macam manusia ni.

Ibarat kelapa tua,lagi tua lagi banyak santan nyer,yer tak???Apa salah nyer kalau kita ada ilmu kita turun kan je secara percuma untuk orang2 yang memerlukan ....Mana nak jumpa mende2 yang percuma zaman sekarang ni kan?Masuk tandas pun kena bayar,hinggala kita nak dengar ceramah2 ugama semuanyer kena bayar dan tak akan di bagi percuma sahaja.







Mana2 saya pergi sekarang ni pasti terjumpa dengan budak2 tahfiz.Diaorang ni bukan lagi menjual barang2,tapi mintak duit terus dengan kita.Ada syarat lagi,mesti sepuluh ringgit.Saya tak tahu apa masalah diaorg ni,tapi saya kesian tengok budak2 ni.Tak kira siang,malam atau waktu maghrib ada je kelibat diaorg ni.Kadang2 nampak macam malu2 je.

Yang hairan nyer bila di tanya semuanyer datang dari YAN KEDAH.Saya tak pernah pulak terjumpa budak2 tahfiz yang datang nyer dari pahang,trengganu atau kelantan...Tak paham saya...








Wednesday, February 23, 2011

Lukisan



Salam semua,agak sibuk sikit minggu ni.Tak sempat nak tulis entri.Baru balik dari Bidor....hantar anak ke kelas muzik yamaha.Teringat dah beberapa hari tak entri blog ni.

Gambar di atas ketika saya berkelah bersama keluarga di Sg.Tesong,seperti yang saya pernah tulis sebelum ni.Cantik kan?Dengan batu2 besar dan air yang jernih,sejuk dan nyaman.






Bukan nak cerita pasal Sg.Tesong ni,tapi pasal lukisan2 saya.Saya suka sangat lukis gambar2 pemandangan.Ada 4 lukisan minyak yang saya lukis tentang gambaran sungai2 dan air terjun yang di kelilingi kehijauan hutan khatulistiwa.Semuanyer saya simpan buat koleksi sendiri,walau ada yang sudi membeli nyer.

Ambil masa yang lama jugak nak siap kan satu2 lukisan tu.Semua nyer kena bergantung kepada mood saya sendiri.Biasanyer saya lukis gambar2 pemandangan ni berdasarkan gambar2 yang sedia ada,bukan semata2 imagine saya.

Dengan keadaan ekonomi sekarang,bukan senang nak jual satu2 lukisan.Orang akan fikir banyak kali sebelum membeli.Orang akan berbelanja mengikut keperluan sahaja.Biasa la kadang2 ada orang beli tapi lupa2 la pulak nak bayar sampai sekarang.Ramai yang alami perkara yang sama seperti saya.



Saturday, February 19, 2011

Indian Wedding ceremony





Salam semua,selamat berhari minggu.Masih pagi lagi.Semalam,kami
pergi kenduri kawin satu keluarga india.Seumur hidup tak pernah pergi kenduri macam ni.






Masa mula2 sampai,rasa janggal je maklum la kami je muka yang nampak cerah sikit dari yang lain2...hehehe..Semua mata memandang kearah kami.Kami di jemput masuk dengan renjisan air mawar.cewahhh..meriah gitu.Masuk ke dalam dewan,pengantin perempuan sedang menjalani upacara kawin depa la.







Tak lama lepas tu,pengantin lelaki pun sampai.Giliran pengantin lelaki pulak buat acara (nikah depa la kot).Lepas tu pengantin pun bersanding la.Macam orang kita jugak la.Siap berposing2 atas pelamin lagi.







Para tetamu mulai menjamu selera.Menu nyer macam kita orang melayu jugak.Nasi minyak,acar(jelata),ayam masak merah dan kari kambing(diaorang tak makan daging lembu).Air sirap dan buah tembikai.Saya tak makan,tapi sebagai menghormati tuan rumah saya cuma makan tembikai sahaja. 







Selepas tu kami pergi bergambar dengan pengantin.Penat agaknyer pengantin,maklum la belum makan lagi.Di depan pelamin telah sedia meja makan beradap macam kita jugak.Ntah sapa yang ikut adat sapa yer. 



Bunga









Bangun pagi hari ni terus keluar rumah dan siram bunga.Nyaman rasa bila pagi2.Segar fikiran bila tengok bunga2 yang kembang mekar.Masuk semula ke dalam rumah,capai kamera kesayangan....inila yang sambil ambil...





























Thursday, February 17, 2011

Sg.Tesong







Sg.Tesong,terletak bersebelahan dengan Sg.klah.Kawasan perkelahan yang cantik di kelilingi dengan kehijauan hutan khatulistiwa.Air nyer jernih dan terdapat batu2 besar dengan air sungai yang mengalir deras.

Hujung minggu ramai yang datang berkunjung kesini mandi-manda dan berkelah.Nak datang ke sini kita akan melalui satu perkampungan orang asli.Kampung orang asli ini terletak betul2 di tepi sungai Tesong.

Kebiasaan nyer pada hujung minggu Tok Batin Sg. Tesong ni akan memastikan yang anak2 buahnyer tidak akan turun mandi2 di Sg.Tesong ni sebagai menghormati tetamu-tetamu yang datang berkelah ke situ.

Ntah macam mana satu hari,datang seorang hamba Allah ni ke Sg.Tesong.Dia datang bukan pada hujung minggu tapi pada waktu hari berkerja.Siap bawak kengkawan lagi,omputih.Orang2 asli di kampung tersebut tidak bersedia nak menerima tetamu pada hari2 biasa ni.Kebiasaan nyer diaorg ni basuh kain dan mandi2 time orang tak ada kat sungai.

Faham2 je la kalau dah mandi2 tu,tentula diaorang ni mandi telanjang.Pulak2 yang turun mandi ketika itu semua nyer anak2 gadis orang asli di situ.Omputih yang datang ni tak tau adat orang langsung.Walau diaorang tu orang asli tapi diaorang rasa diri diaorang pun ada maruah juga.Omputih ni siap bawa kamera yang lensa nyer panjang sekaki.Tau2 je la,kalau sekali zoom....mende2 yang tak patut nampak pun boleh nampak dengan jelas.Ntah2 gambar diaorg tu dah masuk Nat Geo kot...hahaha..

Marah dan tak tahu nak protes kat mana orang2 asli tersebut telah merosakkan kemudahan2 yang telah sedia ada di situ.Akhir kata kita kena belajar menghormati orang lain.Tak kira la apa bangsa pun diaorang tu.Jangan sampai dah terkena ilmu hitam baru nak salahkan orang lain pulak yer...











                                     Tarian Sewang-Sewang.


P/S-Gambar-gambar di atas adalah koleksi peribadi saya sendiri.Salam.



Wednesday, February 16, 2011

kan di laut asam di darat.






Terbaca kisah pertunangan Ally Iskandar kat news ari ni teringat saya pada kisah lalu.Teringat pada bekas tunang,ntah sekarang ni dia dah bahagia dengan isteri dan anak2 yang dah besar.

Saya pernah bertunang dengan orang JB 23 tahun yang lepas.Tapi kami tak ada jodoh,pertunangan kami putus tengah jalan.Tak tahu punca nyer di mana tapi apa yang pasti saya rasa bosan dan tawar hati pada tunang sendiri

Punca mungkin tempoh pertunangan kami yang terlalu lama iaitu selama 2 tahun membuatkan saya jemu dan tak ada hati lagi pada dia.Saya buat sembahyang istikharah sebelah malam nyer untuk berlaku adil pada tunang dan tidak buat kesilapan.Malang nyer bukan wajah tunang saya yang datang dalam mimpi saya malam itu.Tapi wajah orang lain(suami sekarang).

Saya nekad putuskan pertunangan.Tunang saya datang dari JB memujuk saya dan suruh saya fikir habis2.Saya diam jer tanpa cakap apa2.Saya bahagia dengan perkahwinan saya sekarang.Itu la berkat nyer kita buat sembahyang sunat istikharah sebelum kita buat sesuatu keputusan yang penting dalam hidup kita.

Saya nasihatkan pada sesiapa yang nak kawin buat la sembahyang sunat istikharah dulu,jangan ikut hati je.Semoga petunjuk yang di beri dapat membahagiakan kita dan jodoh kita di berkati.



 

Tuesday, February 15, 2011

Salam maulidur Rasul




Salam semua....hari ni cuti sempena maulidur rasul.Seronok rasa anak balik.Bawak kengkawan.7 biji kete,kira2 dalam 23 orang.Walau sekejap,memandangkan hari ni diaorg ada kelas tapi happy dan meriah.

Kengkawan anak saya tak pernah datang ke rumah kami apatah lagi ke Hot spring.Sampai lewat,maklumla kalau dah ramai2 ada lah pulak yang tersesat jalan.Pukul 4.30 petang baru sampai,terus bawak diaorg melawat ke hot spring.Wah seronok bukan main diaorg.Apa lagi terus terjun dalam kolam dan mandi-manda.Lepas mandi kolam air gunung gi mandi kolam air panas pulak.

Diaorg rebus telor,tapi tinggalkan telor tu dan asyik mandi kolam air panas.Sedar2 telor tu dah kena kebas ntah dgn hamba Allah mana.Tu la sapa suruh tinggalkan aje tak ber tunggu telor2 tu...hehehe..

Lepas mandi,masing2 lapar.Diaorg pegi makan di rumbia cafe,sambil2 berkaraoke.Kepala giler2 and happy go lucky.Apa2 pun kengkawan anak saya ni walaupun giler2 sikit tapi baik budi bahasa.Lepas maghrib diaorg bergegas balik ke sri iskandar.Kalau lambat sampai ke hostel kena tulis nama.Alhamdulillah diaorg selamat sampai sebelum pukul 9 malam.

Semoga diaorg gembira dan ingin datang lagi. 



Sunday, February 13, 2011

Hobi












































Tak sempat nak turun ke Petaling Street.Saya selalu ke sana beli canvas,oil colour,acrylic,liquin,linseed oil dan segala barang2 yang berkaitan dengan lukisan.Ada beberapa tempahan lukisan yang belum sempat saya siapkan.Selalu nyer tempahan ni saya siapkan bila saya tak sibuk,jadi sesebuah lukisan tu ambil masa sikit untuk saya siapkan.

Selain melukis saya juga giler photographer.Saya suka sesuatu yang cantik dan indah2.Pemandangan alam sekitar dan bunga2an menjadi favourite saya.Kat atas tu saya letak kan gambar2 koleksi peribadi saya bagi yang gemar melihatnyer.




Saturday, February 12, 2011





Ada jemputan kawin tengahari ni.Pagi ni teringat pulak dekat anak yang dok study kat sri iskandar.Minggu ni dia tak balik.Rindu la pulak kat dia.Lobster yang kawan kirim dari Labuan kami simpan.Tak masak lagi,nak tunggu dia balik,masak dan makan sama2.Suami pun tak la bz sangat weekand ni.Dia sibuk melayan kawan dia yang datang berkunjung dari Labuan ni.