nuffnang

Followers

xchngelink

Wednesday, February 23, 2011

Lukisan



Salam semua,agak sibuk sikit minggu ni.Tak sempat nak tulis entri.Baru balik dari Bidor....hantar anak ke kelas muzik yamaha.Teringat dah beberapa hari tak entri blog ni.

Gambar di atas ketika saya berkelah bersama keluarga di Sg.Tesong,seperti yang saya pernah tulis sebelum ni.Cantik kan?Dengan batu2 besar dan air yang jernih,sejuk dan nyaman.






Bukan nak cerita pasal Sg.Tesong ni,tapi pasal lukisan2 saya.Saya suka sangat lukis gambar2 pemandangan.Ada 4 lukisan minyak yang saya lukis tentang gambaran sungai2 dan air terjun yang di kelilingi kehijauan hutan khatulistiwa.Semuanyer saya simpan buat koleksi sendiri,walau ada yang sudi membeli nyer.

Ambil masa yang lama jugak nak siap kan satu2 lukisan tu.Semua nyer kena bergantung kepada mood saya sendiri.Biasanyer saya lukis gambar2 pemandangan ni berdasarkan gambar2 yang sedia ada,bukan semata2 imagine saya.

Dengan keadaan ekonomi sekarang,bukan senang nak jual satu2 lukisan.Orang akan fikir banyak kali sebelum membeli.Orang akan berbelanja mengikut keperluan sahaja.Biasa la kadang2 ada orang beli tapi lupa2 la pulak nak bayar sampai sekarang.Ramai yang alami perkara yang sama seperti saya.



Saturday, February 19, 2011

Indian Wedding ceremony





Salam semua,selamat berhari minggu.Masih pagi lagi.Semalam,kami
pergi kenduri kawin satu keluarga india.Seumur hidup tak pernah pergi kenduri macam ni.






Masa mula2 sampai,rasa janggal je maklum la kami je muka yang nampak cerah sikit dari yang lain2...hehehe..Semua mata memandang kearah kami.Kami di jemput masuk dengan renjisan air mawar.cewahhh..meriah gitu.Masuk ke dalam dewan,pengantin perempuan sedang menjalani upacara kawin depa la.







Tak lama lepas tu,pengantin lelaki pun sampai.Giliran pengantin lelaki pulak buat acara (nikah depa la kot).Lepas tu pengantin pun bersanding la.Macam orang kita jugak la.Siap berposing2 atas pelamin lagi.







Para tetamu mulai menjamu selera.Menu nyer macam kita orang melayu jugak.Nasi minyak,acar(jelata),ayam masak merah dan kari kambing(diaorang tak makan daging lembu).Air sirap dan buah tembikai.Saya tak makan,tapi sebagai menghormati tuan rumah saya cuma makan tembikai sahaja. 







Selepas tu kami pergi bergambar dengan pengantin.Penat agaknyer pengantin,maklum la belum makan lagi.Di depan pelamin telah sedia meja makan beradap macam kita jugak.Ntah sapa yang ikut adat sapa yer. 



Bunga









Bangun pagi hari ni terus keluar rumah dan siram bunga.Nyaman rasa bila pagi2.Segar fikiran bila tengok bunga2 yang kembang mekar.Masuk semula ke dalam rumah,capai kamera kesayangan....inila yang sambil ambil...





























Thursday, February 17, 2011

Sg.Tesong







Sg.Tesong,terletak bersebelahan dengan Sg.klah.Kawasan perkelahan yang cantik di kelilingi dengan kehijauan hutan khatulistiwa.Air nyer jernih dan terdapat batu2 besar dengan air sungai yang mengalir deras.

Hujung minggu ramai yang datang berkunjung kesini mandi-manda dan berkelah.Nak datang ke sini kita akan melalui satu perkampungan orang asli.Kampung orang asli ini terletak betul2 di tepi sungai Tesong.

Kebiasaan nyer pada hujung minggu Tok Batin Sg. Tesong ni akan memastikan yang anak2 buahnyer tidak akan turun mandi2 di Sg.Tesong ni sebagai menghormati tetamu-tetamu yang datang berkelah ke situ.

Ntah macam mana satu hari,datang seorang hamba Allah ni ke Sg.Tesong.Dia datang bukan pada hujung minggu tapi pada waktu hari berkerja.Siap bawak kengkawan lagi,omputih.Orang2 asli di kampung tersebut tidak bersedia nak menerima tetamu pada hari2 biasa ni.Kebiasaan nyer diaorg ni basuh kain dan mandi2 time orang tak ada kat sungai.

Faham2 je la kalau dah mandi2 tu,tentula diaorang ni mandi telanjang.Pulak2 yang turun mandi ketika itu semua nyer anak2 gadis orang asli di situ.Omputih yang datang ni tak tau adat orang langsung.Walau diaorang tu orang asli tapi diaorang rasa diri diaorang pun ada maruah juga.Omputih ni siap bawa kamera yang lensa nyer panjang sekaki.Tau2 je la,kalau sekali zoom....mende2 yang tak patut nampak pun boleh nampak dengan jelas.Ntah2 gambar diaorg tu dah masuk Nat Geo kot...hahaha..

Marah dan tak tahu nak protes kat mana orang2 asli tersebut telah merosakkan kemudahan2 yang telah sedia ada di situ.Akhir kata kita kena belajar menghormati orang lain.Tak kira la apa bangsa pun diaorang tu.Jangan sampai dah terkena ilmu hitam baru nak salahkan orang lain pulak yer...











                                     Tarian Sewang-Sewang.


P/S-Gambar-gambar di atas adalah koleksi peribadi saya sendiri.Salam.



Wednesday, February 16, 2011

kan di laut asam di darat.






Terbaca kisah pertunangan Ally Iskandar kat news ari ni teringat saya pada kisah lalu.Teringat pada bekas tunang,ntah sekarang ni dia dah bahagia dengan isteri dan anak2 yang dah besar.

Saya pernah bertunang dengan orang JB 23 tahun yang lepas.Tapi kami tak ada jodoh,pertunangan kami putus tengah jalan.Tak tahu punca nyer di mana tapi apa yang pasti saya rasa bosan dan tawar hati pada tunang sendiri

Punca mungkin tempoh pertunangan kami yang terlalu lama iaitu selama 2 tahun membuatkan saya jemu dan tak ada hati lagi pada dia.Saya buat sembahyang istikharah sebelah malam nyer untuk berlaku adil pada tunang dan tidak buat kesilapan.Malang nyer bukan wajah tunang saya yang datang dalam mimpi saya malam itu.Tapi wajah orang lain(suami sekarang).

Saya nekad putuskan pertunangan.Tunang saya datang dari JB memujuk saya dan suruh saya fikir habis2.Saya diam jer tanpa cakap apa2.Saya bahagia dengan perkahwinan saya sekarang.Itu la berkat nyer kita buat sembahyang sunat istikharah sebelum kita buat sesuatu keputusan yang penting dalam hidup kita.

Saya nasihatkan pada sesiapa yang nak kawin buat la sembahyang sunat istikharah dulu,jangan ikut hati je.Semoga petunjuk yang di beri dapat membahagiakan kita dan jodoh kita di berkati.



 

Tuesday, February 15, 2011

Salam maulidur Rasul




Salam semua....hari ni cuti sempena maulidur rasul.Seronok rasa anak balik.Bawak kengkawan.7 biji kete,kira2 dalam 23 orang.Walau sekejap,memandangkan hari ni diaorg ada kelas tapi happy dan meriah.

Kengkawan anak saya tak pernah datang ke rumah kami apatah lagi ke Hot spring.Sampai lewat,maklumla kalau dah ramai2 ada lah pulak yang tersesat jalan.Pukul 4.30 petang baru sampai,terus bawak diaorg melawat ke hot spring.Wah seronok bukan main diaorg.Apa lagi terus terjun dalam kolam dan mandi-manda.Lepas mandi kolam air gunung gi mandi kolam air panas pulak.

Diaorg rebus telor,tapi tinggalkan telor tu dan asyik mandi kolam air panas.Sedar2 telor tu dah kena kebas ntah dgn hamba Allah mana.Tu la sapa suruh tinggalkan aje tak ber tunggu telor2 tu...hehehe..

Lepas mandi,masing2 lapar.Diaorg pegi makan di rumbia cafe,sambil2 berkaraoke.Kepala giler2 and happy go lucky.Apa2 pun kengkawan anak saya ni walaupun giler2 sikit tapi baik budi bahasa.Lepas maghrib diaorg bergegas balik ke sri iskandar.Kalau lambat sampai ke hostel kena tulis nama.Alhamdulillah diaorg selamat sampai sebelum pukul 9 malam.

Semoga diaorg gembira dan ingin datang lagi. 



Sunday, February 13, 2011

Hobi












































Tak sempat nak turun ke Petaling Street.Saya selalu ke sana beli canvas,oil colour,acrylic,liquin,linseed oil dan segala barang2 yang berkaitan dengan lukisan.Ada beberapa tempahan lukisan yang belum sempat saya siapkan.Selalu nyer tempahan ni saya siapkan bila saya tak sibuk,jadi sesebuah lukisan tu ambil masa sikit untuk saya siapkan.

Selain melukis saya juga giler photographer.Saya suka sesuatu yang cantik dan indah2.Pemandangan alam sekitar dan bunga2an menjadi favourite saya.Kat atas tu saya letak kan gambar2 koleksi peribadi saya bagi yang gemar melihatnyer.




Saturday, February 12, 2011





Ada jemputan kawin tengahari ni.Pagi ni teringat pulak dekat anak yang dok study kat sri iskandar.Minggu ni dia tak balik.Rindu la pulak kat dia.Lobster yang kawan kirim dari Labuan kami simpan.Tak masak lagi,nak tunggu dia balik,masak dan makan sama2.Suami pun tak la bz sangat weekand ni.Dia sibuk melayan kawan dia yang datang berkunjung dari Labuan ni.

Friday, February 11, 2011

Tak ngam

Hot spring Sg.klah










Salam semua...Selamat tengahari.Walau pun kami di kurniakan dengan 2 orang anak saja oleh Allah tapi kami gembira dan bersyukur.Di bukakan hati insan2 tersayang ni,yang sudi menjadi anak angkat kami.Kami dapat 6 orang anak angkat lelaki dan seorang anak angkat perempuan.Alhamdulillah.

Anak angkat lelaki kami yang 6 orang ni,4 dari nyer dah berkerja.Berkerjaya profesional.2  still study dan bakal graduate tak lama lagi.Anak angkat yang perempuan tu kecik lagi,baru darjah 1.Fuhh manja giler tu....Yang lelaki gagah perkasa dan handsome2 belaka,manjanyer pulak mengalahkan anak angkat perempuan kami.

Dalam bab manja2 ni la kami pening kepala memikirnyer.Walau berkerjaya profesional tapi bab kasih sayang masing2 tak nak berkompromi.Masing2 tak ngam antara satu sama lain.yang ni tak suka yang ni,yang tu tak suka yang tu....Sampai merajuk2.Anak kami yang jadi engineer tu la yang paling kuat merajuk dalam reramai tu,ntah agaknyer orang pendiam ni mmg macam tu kot.

Ace bagi komen sikit kat teman,macam mana nak bagi bebaik bebudak ni....?o.k la kat sini teman letak kan gambar2 Hot Spring Sg.Klah.Tiket masuk rm10 dewasa,rm8 kanak2.OKU rm2.Datang ler reramai ke sini.




                            kolam air gunung





                                          kolam air panas





                                         





                                          Rumbia cafe





                            Tempat rebus telor 










                            Kolam air gunung




                                          Jakuzi air panas

Selamat datang.........




              




Thursday, February 10, 2011

Peristiwa Valentine Day









Valentine day 3 hari lagi.Semua orang tahu tentang hari ni.Menjadi suatu kewajipan ke untuk kita semua meraikan valentine day ni?Sebenarnyer budaya tu tak ada dalam ugama kita,cuma suatu ikutan dari budaya orang2 kristian.

Teringat saya pada seorang kenalan bila sentuh tentang valentine day ni.Kenalan lelaki yang saya kenal melalui email 7 tahun lepas.Berkerjaya bagus di kl.Tapi tak tahu dia di mana sekarang,dah lost contact dengan dia.Kisah ni dia ceritakan pada saya atas rasa kesal dia.Saya tuliskan di sini untuk tatapan semua sempena di hari jumaat yang mulia ini.

1.14.2.200? valentine day...after candle light dinner gf dia serah jiwa dan raga.fuyoooo....pewitt...pewittt...
2.14.4.200?dua bulan kemudian,gf dia...uwekk...uwekk..uwekk....pregnant.
3.Tak bersedia nak kawin diaorang pegi buang baby tu.
4.Last-last diaorang tak kawin pun.Dia cakap diaorang bukan tak nak kawin tapi dah di takdirkan diaorang memang tak ada jodoh.
5.Dia cakap dia memang menyesal sangat2.Dia menyesal sebab dah buat banyak dosa.Dosa berzina dan dosa buang anak sendiri.Bila malam dia selalu teringat2 dosa dia tu...

Cinta mati kita,kita simpan dalam hati kita.Rindu setengah mati kita,kita tanggung sendiri.Perlu ke kita rai cinta kita tu dengan cara yang tidak betul?Rai kan cinta kita dengan ikatan perkahwinan yang sah.Jaga diri kita jangan buat onar dan dosa.Ingat akibat dan dosa nyer.





Cuti-cuti

Jom jalan-jalan.....


                                          Tarian singa di Hot Spring Sg.Klah



                                                              CNY 2011


                                           Menghibur pengunjung Hot Spring Sg.Klah




         
                                               Pengunjung gembira






Tak tahu nak bercuti ke mana hujung minggu ni?Datang la ke Hot Spring Sg.Klah.Taman tema air panas dan air gunung menanti anda.Hanya 1 jam setengah perjalanan dari kuala lumpur ke sungkai perak.Layari laman web http://www.feldatravel.com.my/ untuk keterangan lanjut,klik Hot Spring Sg.Klah.