nuffnang

Followers

xchngelink

Wednesday, February 16, 2011

kan di laut asam di darat.






Terbaca kisah pertunangan Ally Iskandar kat news ari ni teringat saya pada kisah lalu.Teringat pada bekas tunang,ntah sekarang ni dia dah bahagia dengan isteri dan anak2 yang dah besar.

Saya pernah bertunang dengan orang JB 23 tahun yang lepas.Tapi kami tak ada jodoh,pertunangan kami putus tengah jalan.Tak tahu punca nyer di mana tapi apa yang pasti saya rasa bosan dan tawar hati pada tunang sendiri

Punca mungkin tempoh pertunangan kami yang terlalu lama iaitu selama 2 tahun membuatkan saya jemu dan tak ada hati lagi pada dia.Saya buat sembahyang istikharah sebelah malam nyer untuk berlaku adil pada tunang dan tidak buat kesilapan.Malang nyer bukan wajah tunang saya yang datang dalam mimpi saya malam itu.Tapi wajah orang lain(suami sekarang).

Saya nekad putuskan pertunangan.Tunang saya datang dari JB memujuk saya dan suruh saya fikir habis2.Saya diam jer tanpa cakap apa2.Saya bahagia dengan perkahwinan saya sekarang.Itu la berkat nyer kita buat sembahyang sunat istikharah sebelum kita buat sesuatu keputusan yang penting dalam hidup kita.

Saya nasihatkan pada sesiapa yang nak kawin buat la sembahyang sunat istikharah dulu,jangan ikut hati je.Semoga petunjuk yang di beri dapat membahagiakan kita dan jodoh kita di berkati.



 

3 comments:

  1. kita penah melalui pengalaman yang sama cuma akak beruntung dah bahagia skrg nie...

    ReplyDelete
  2. kalau xde jodoh bertunang lama mana pun xkan jadi..tp kalau dah jodoh, baru jumpa pun leh jadi..hehe..

    ReplyDelete
  3. sy lambat lagi nk kawen.hukhuk :)

    tips terbaik!

    ReplyDelete