nuffnang

Followers

xchngelink

Monday, January 31, 2011

Assalamualaikum,hujan...hujan...dan hujan.semuanyer rahmat dari tuhan untuk kita semua.Tapi ramai yang mengeluh dengan situasi ini....sesekali susah sikit bila rumah di tenggelami air apa salahnyer,itukan dugaan.Berbalik pda cerita hujan ini,Setelah Hujan ini,adalah nama yang saya pilih bukan berdasarkan situasi musim hujan sekarang ni.Tapi satu nostalgia saya masa zaman persekolahan dulu,era tahun 80an.Setelah Hujan ini adalah salah sebuah lagu nyanyian kumpulan rock popular SEARCH.Saya tak tahu la pulak sapa yang buat lagu ni,tapi saya suka sangat dengan lagu ni.....






Saya bukan nak bercerita pasal kumpulan search,sekadar imbasan masa lalu sahaja.Saya nak kongsi satu resipi kuih untuk semua blogger yang rajin melayan blog saya ni.KUIH LAPIS.Kuih ni simple saja,tapi tak semua orang yang pandai membuatnyer terutama golongan muda hari ini.Sedap dan senang membuatnyer.Bagi yang minat makan dan rajin mencuba boleh ikut resipi saya ini.

KUIH LAPIS



Bahan-bahannyer:
2  cawan    tepung beras
1/2 cawan   tepung sagu/ubi
5 cawan santan kelapa
1 biji   telor
1 cawan   gula
1 helai   daun pandan
Sedikit pewarna merah


Cara-cara membuatnyer

1.Masak gula bersama santan dan daun pandan,jangan sampai pecah minyak.sejukkan.
2.Setelah santan tadi sejuk,masukkan ke dalam blender.masukkan tepung beras,tepung sagu dan telor.Blend. 
3.Bahagikan bancuhan kepada 2 bahagian.Satu bahagian biarkan plain dan satu bahagian diwarnakan merah.
4.Kukus lapisan pertama dengan warna putih kemudian merah.Kukus selapis demi selapis sehingga habis.


Tips:Tujuan menggunakan 1/2 cawan tepung sagu adalah supaya kuih lapis tadi kelihatan cantik berkilat.Sekiranyer tak ada tepung sagu pun tidak mengapa tetapi kuantiti tepung beras mesti la ditambah 1/2 cawan menggantikan tepung sagu tadi.Pastikan loyang kuih di sapukan dengan sed  
ikit minyak sebelum mengukus kuih supaya kuih lapis tadi mudah di potong.Anggaran masa mengukus bagi satu lapisan adalah 15 minit.


Bagi penggemar kuih2 tradisional yang berpenyakit kronik,boleh gantikan santan dengan susu cair.Tapi saya tidak pasti adakah rasanyer lebih sedap,terpulanglah kepada cita rasa masing2.Boleh cuba buat malam ini,sedap di buat sarapan pagi.selamat mencuba.Akan ada resipi2lain dari saya....tungguuuuu...

1 comment:

  1. ckp psl kuih lapis, teringat kecik2. lin suka separate kan wane merah n putih. hehehe

    ReplyDelete