nuffnang

Followers

xchngelink

Monday, January 31, 2011

KEK LAPIS TUN RAZAK.

Minggu ini cuti tahun baru cina.Ramai yang bercuti.Tak tahu hendak kemana,di tambah dengan keadaan cuaca sekarang yang selalu hujan,ramai yang suka melepak je kat rumah.Bagi yang suka makan dan rajin memasak apakata cuba la resepi dari saya ni...sedap.



Bahan-bahan:

16       oz mentega.
10       biji telor
1/2      tin susu pekat manis
11/2    cawan gula halus
1/2      tin serbuk koko
1         botol jem nenas(240gm)
1         botol horlick(200gm)
11/2    cawan tepung gandum
2         camca soda bikarbonat
Pewarna kuning,Coklat emulco


Cara-cara membuat nyer:

  1. Pukul mentega hingga putih(aising).
  2. Telor dan gula dipukul sampai kembang.
  3. Masukkan telor dan gula yang telah di pukul tadi kedalam adunan mentega.Tambahkan susu pekat dan tepung gandum.
  4. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian.
  5. Adunan pertama di campurkan dengan horlick dan warna kuning.
  6. Adunan kedua di campurkan dengan jem nenas,koko dan coklat emulco.
  7. Kukus adunan coklat dulu dan barulah kuning.Buatlah selapis selapis sampai habis.

Tips:Gunakan senduk kayu semasa mencampurkan adunan.jangan gunakan mesin pengisar.Seeloknya gunakan loyang 4 segi agar kek nampak cantik.Satu lapisan kek yang di kukus ambil masa 10 minit untuk masak.Kek akan kelihatan berlapis kuning dan coklat sesudah masak.

Kek Lapis Tun Razak ini sedap di hidangkan waktu minum petang.Selamat mencuba.

1 comment: